Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Dec
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERTABALAN DULI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-8

Pada hari ini dalam tahun 1984, Sultan Johor, DYMM Seri Paduka Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi dan Sultanah Hajah Zanariah telah ditabalkan menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-8 dan Raja Permaisuri Agong. Istiadat Pertabalan diadakan di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur. Diistiadat ini, baginda berkenan menerima keris panjang daripada Datuk Paduka Maharaja Lela, Tengku Datuk Mustapha Tengku Mohamad, yang melambangkan kedaulatan pemerintahan baginda. Sultan Iskandar diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru. Baginda merupakan anakanda ketiga kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad. Baginda mewarisi takhta dan menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768