Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Dec
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pertabalan Sultan Johor Sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-8

Pada hari ini dalam tahun 1984, DYMM Seri Paduka Baginda Al-Mutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dengan rasminya ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8 dan Sultanah Hajah Zanariah sebagai Raja Permaisuri Agong, pada majlis bersejarah yang berlangsung di Balai Rong Seri Istana Negara. Istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat perisytiharan disaksikan oleh Raja-raja Melayu, Wakil Sultan Brunei, Kerabat-Kerabat Diraja, Yang Dipertua Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang, Perdana Menteri dan ahli jemaah  menteri, para hakim dan jemputan-jemputan khas. Istiadat pertabalan bermula dengan keberangkatan tiba Seri Paduka ke Balai Rong Seri dengan iringan nobat yang membawa lagu 'Raja Berangkat' oleh kumpulan Nobat DiRaja Kedah. Seruan 'Daulat Tuanku' bergema sebanyak tiga kali serentak dengan tembakan meriam 21 das dan persembahan lagu 'Negaraku' sebaik sahaja Seri Paduka Baginda menerima Keris Kerajaan dan kemudian membaca warkah ikrar. Pertabalan Sultan Iskandar Al-Haj sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8 dibuat berdasarkan perlembagaan Malaysia yang mensyaratkan pemilihan seorang Raja yang memerintah secara perlembagaan selama 5 tahun. Sesungguhnya dengan pertabalan Sultan Iskandar sebagai yang di-Pertuan Agong ke-8 merupakan satu kesinambungan kepada sistem yang telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan lagi.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768