Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERWAJA MULA BEROPERASI SECARA KOMERSIAL

Sektor perindustrian berat di negara ini mengalami perkembangan yang pesat akibat daripada usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan. Seiring dengan perkembangan industri berat ini, pelbagai kilang telah ditubuhkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Salah sebuah kilang yang sangat penting dalam perkembangan industri berat di negara ini iaitu Kilang Besi Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. Pada hari ini 17 April 1985, Perwaja Terengganu ini mula beroperasi secara komersial. Syarikat pengeluaran besi berongga dan bullit ini dimiliki 51 peratus saham oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM), 30 peratus oleh Konsortium lapan buah syarikat Jepun dan 19 peratus oleh Perbadanan Menteri Besar Terengganu. Kilang yang terletak di Teluk Kalong ini mampu mengeluarkan 600,000 tan besi berongga dan 560,000 tan bullit keluli setahun apabila beroperasi sepenuhnya Kebanyakan daripada pengeluaran kilang digunakan di dalam negeri. Keseluruhan projek ini bernilai lebih daripada RM1 ribu juta, di mana modal berbayar berjumlah RM250 juta manakala modal dibenarkan pula sebanyak RM2500 juta. Kilang ini merupakan projek HICOM yang keempat selepas projek industri berat lain iaitu Kedah Simen Sdn. Bhd., Kilang Pengeluaran Paip dan Taman Perusahaan Berat. Walaupun sebahagian daripada perusahaan berat ini memerlukan kos yang tinggi dan keuntungan jangkamasa panjang, usaha-usaha tetap juga dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mempercepatkan kemajuan perindustrian berat di negara ini dan menambahkan peluang pekerjaan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768