Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pesawat Pertama TUDM Dari Jenis Pioneer Tiba Di Kuala Lumpur

Pada hari ini dalam tahun 1958 pesawat pertama TUDM tiba di Kuala Lumpur dari United Kingdom. Pesawat jenis Prestwick Twin Pioneer (jenis dua angin) ini dibuat di Scotland berharga $53,000 paun atau $400,000 dan merupakan salah satu daripada 12 buah yang dijanjikan oleh British kepada Malaya sebagai sebahagian daripada bantuan ketenteraan Britain berjumlah 328 juta. Pesawat ini boleh memuatkan 16 orang penumpang dan dilengkapkan dengan sistem tempat duduk yang boleh diubahsuai untuk membawa orang-orang kenamaan jika diperlukan. Pesawat Twin Pioneer dipandu oleh Air Vice Marchall AVR Johnstone daripada Butterworth yang mengambilalih daripada Leftenan Udara Charles daripada Tentera Udara Diraja British. Hadir di lapangan terbang mengalu-alukan ketibaan pesawat ini termasuk Menteri Pertahanan, YB Dato Abdul Razak bin Hussin, Menteri Kewangan YB HS Lee dan YB Encik Sardon Jubir. Dato Abdul Razak kemudiannya menaiki pesawat itu mengelilingi lapangan terbang selama 20 minit. Ketibaan pesawat Twin Pioneer pada hari ini membawa erti kepada pembentukan tentera Udara Malaya. Pada tahun itu juga Dato Abdul Razak selaku Menteri Pertahanan membentangkan rang undang-undang penubuhan Tentera Udara di Mesyuarat Undangan Persekutuan. Setelah diluluskan dan kemudiannya diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tentera Udara DiRaja Malaya pun ditubuhkan secara rasmi.  Antara tugas yang diamanahkan kepada tentera udara terutama dengan adanya pesawat Twin Pionner ini adalah untuk kempen menentang komunis, mencegah penyeludupan, melindungi perusahaan perikanan, mengambil gambar dari udara, menyelamat di udara, laut dan darat dan membawa perubatan bekalan untuk tentera di dalam hutan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768