Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PORTUGIS MENYERANG JOHOR LAMA DAN KOTA BATU

Pada hari ini dalam tahun 1587, Portugis telah menyerang Johor Lama dan Kota Batu di negeri Johor. Serangan ini merupakan serangan balas Portugis terhadap Sultan Johor, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil yang telah menyerang Melaka pada awal tahun yang lalu. Portugis di Melaka telah meminta bantuan daripada Wizurai Portugis di Goa.  Satu angkatan perang dari Goa yang mengandungi 16 buah kapal besar yang diketuai oleh Paulo de Lima Pereira, bergerak menuju ke Johor Lama pada 10 Ogos 1587. Bandar Johor Lama terletak di atas sebuah bukit di tebing Sungai Johor dan tidak jauh dari bandar ini terdapat sebuah Kota Batu yang sangat kukuh. Sultan Johor dengan bantuan Raja-raja Melayu dari Terengganu, Inderagiri dan Kampar, gagal mempertahankan kerajaannya dari serangan Portugis ini. Kekalahan ini menyebabkan Baginda serta pembesar-pembesarnya, melarikan diri dan mudik ke hulu dan mendirikan pusat pemerintahan yang baru di Batu Sawar, di tepi Sungai Johor. Peperangan diantara Portugis dan Johor ini tidak berakhir di sini malah berterusan sehinggalah Portugis kalah kepada Belanda.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768