Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PRESIDEN VIETNAM SELATAN MELAWAT PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1960,  Presiden Vietnam Selatan, Nga Dinh Diem telah melakukan lawatan rasmi ke Persekutuan Tanah Malayu.  Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri serta para pembesar negara telah menyambut tetamu negara itu setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.  Dalam ucapan ringkas di lapangan terbang Presiden Vietnam itu menganggap Persekutuan Tanah Melayu adalah negara sahabat dan Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman adalah seorang negarawan yang paling terkemuka di Asia Tenggara.  Beliau juga memuji Persekutuan Tanah Melayu dan para pemimpinnya yang berjaya mengatasi masalah dalam negeri seterusnya memajukan masyarakatnya serta kejayaan pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dalam memenuhi tanggungjawab antarabangsa.  Vietnam menurutnya akan mengikuti jejak langkah Tanah Melayu dalam usaha membentuk satu semangat kerjasama untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi di Asia Tenggara.  Dalam rangka lawatannya ke Persekutuan Presiden Vietnam juga berharap akan dapat berbincang dengan para pemimpin Persekutuan yang diketuai oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman tentang masalah bersama dan cara-cara mengatasinya.  Sesungguhnya lawatan Presiden Vietnam itu pada hari ini dalam tahun 1960 telah mengeratkan lagi hubungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Vietnam di samping dapat merungkaikan masalah-masalah bersama demi  kepentingan Asia Tenggara.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768