Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Profesor Diraja Ungku Aziz Dilantik Sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Yang Pertama

Pada hari ini dalam tahun 1980, Menteri Pelajaran, YBDatuk Musa Hitam mengumumkan pelantikan Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang pertama. Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz akan dibantu oleh Ahli-ahli Majlis iaitu kelima-lima Naib Canselor Universiti di negara ini dan lima orang warganegara terulung iaitu tiga dari Semenanjung dan tiap-tiap seorang dari Sabah dan Sarawak. MPM ditubuhkan bagi memastikan mutu  Sijil Tinggi Pelajaran (STP) setaraf dengan peperiksaan yang sama peringkat di negara-negara lain.  Penubuhannya juga akan memudahkan negara-negara lain mengiktiraf sijil tersebut bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.  Ia juga bertanggungjawab terhadap sukatan pelajaran STP. Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz telah menjadi Naib Canselor Universiti Malaya selama 12 tahun sejak 1968 dan telah menjadi pensyarah di universiti tersebut sejak Universiti Malaya bertempat di Singapura lagi.  Dengan pelantikan sebagai Pengerusi MPM beliau menempa sejarah sebagai orang pertama diberi kepercayaan memegang tanggungjawab tersebut. Sesungguhnya dengan penubuhan MPM dan pelantikan Prof Diraja Ungku Aziz sebagai pengerusi pertama MPM bukan sahaja menjadikan Malaysia tidak lagi bergantung kepada penilaian oleh Majlis Peperiksaan di Britain tetapi juga suatu penghormatan kepada pengalaman beliau dan secara tidak langsung Malaysia kini boleh berdikari dalam mengawal mutu pelajarannya.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768