Juga Pada Hari Ini..
-
PERBAHASAN MENGENAI KEDUDUKAN KUASA KETURUNAN BROOKE DI SARAWAK
-
PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
-
FORUM PERTAMA ASEAN-JEPUN MENGENAI PASARAN GETAH
-
SURUHANJAYA COBBOLD MEMULAKAN TUGAS DI KUCHING
-
Rang Undang-Undang Baru Imigresen Diluluskan
-
Perubahan Nama Pejabat Perhubungan Raya (Jabatan Penerangan)
-
Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Besar Sembilan Buah Negeri Melayu
Peristiwa
PROFESSOR DATO' DR. UNGKU OMAR MENINGGAL DUNIA
Pada hari ini dalam tahun 1969, Professor Dato' Dr. Ungku Omar Ahmad meninggal dunia dalam usia 38 tahun akibat serangan penyakit jantung. Beliau yang berasal dari Johor Bharu, mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu, Kuala Kangsar dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Malaya, Singapura. Beliau juga menerima Ijazah Perubatan dan Bedah dari universiti tersebut pada tahun 1957. Pada tahun 1962, beliau mendapat Diploma dalam bidang Pathologi di Royal College of Physician London dan di Royal College of Surgeon, England. Beliau turut dianugerahkan Fellowship of Royal Pathology dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Clinical Chemistry dari Universiti London. Prof. Dato' Dr. Ungku Omar merupakan anak Melayu yang pertama menyandang jawatan Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan sejak tahun 1965. Pemergian Prof. Dato' Dr. Ungku Omar ke rahmatullah disifatkan kehilangan besar kepada negara khususnya kepakaran dalam bidang perubatan.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia