Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PUSAT LATIHAN MEMBINA SEMANGAT MERSING, JOHOR DIRASMI

Pada hari ini dalam tahun 1975, Pusat Latihan Membina Semangat di Mersing, Johor, dirasmikan oleh YAB. Tun Abdul Razak bin Hussien, Perdana Menteri Malaysia. Pusat ini dibina sebagai persediaan melengkapkan generasi muda dengan perkembangan semasa yang berlaku dalam Negara. Dalam ucapannya, Tun Abdul Razak menegaskan pembukaan pusat latihan di Mersing ini dapat meluaskan lagi skop latihan yang boleh diikuti oleh pelapis-pelapis kepimpinan Negara ini. Tambahnya, keperluan membina akhlak dan memupuk semangat baru di kalangan generasi muda amat diperlukan dalam usaha melahirkan pemimpin yang berkalibar, berani dan jujur untuk membimbing rakyat ke arah kemajuan dan kemakmuran negara yang berterusan. Pembukaan Pusat Latihan ini diharap dapat membangunkan dan mengubah sikap anak-anak muda masa kini untuk menjadi generasi yang tabah, tahan lasak, bersemangat, berdaya saing, berdedikasi dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada bangsa dan negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768