Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

RAJA HAJI MENYERANG BUKIT CHINA DAN TERANGKERA

Pada hari ini dalam tahun 1784, seorang pahlawan Bugis yang terkenal iaitu Raja Haji telah menyerang Bukit Chandan dan Terangkera di Melaka yang ketika itu di bawah penguasaan Belanda. Sengketa diantara Raja Haji dengan Belanda tercetus disebabkan Belanda memungkiri janji untuk membahagi candu yang diperolehi hasil dari rampasan sebuah kapal Inggeris di perairan laut Riau pada 1782. Sejak itu, Raja Haji mula menyerang kapal-kapal Belanda yang belayar di Selat Melaka dan mengganggu perniagaan orang-orang Belanda. Permusuhan diantara kedua belah pihak ini berlanjutan sehingga 1784. Serangan Raja Haji ke atas Melaka ini dibantu oleh orang-orang Bugis dan Sultan Ibrahim dari Selangor. Pasukan Raja Haji menyerang Bukit China manakala Sultan Ibrahim dengan dibantu oleh orang-orang Rembau, menyerang Terangkera. Belanda dapat mempertahankan Melaka dengan bantuan askar dari Betawi yang di ketuai oleh Jacob Peter Van Braam. Serangan ini berakhir apabila Raja Haji terkorban dalam satu pertempuran di Teluk Ketapang pada 18 Jun 1784.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768