Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Rancangan Malaysia Kedua Dibentang Di Dewan Rakyat Untuk Dibahas Dan Diluluskan

Pada hari ini dalam tahun 1971, Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Kedua di Dewan Rakyat untuk dibahas dan diluluskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat. Semasa membentangkannya Perdana Menteri  menyatakan bahawa Dewan hendaklah meluluskan usul ini yang merupakan tapak asas yang kukuh untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat negara ini. Ini kerana usul Rancangan Malaysia Kedua ini mengandungi Dasar Ekonomi Baru yang akan memberi faedah kepada semua kaum. Menurut Perdana Menteri, setelah 14 tahun hidup sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat, selama tempoh itu juga Kerajaan telah berusaha sedaya upaya memajukan negara. Dalam perbahasan pada hari pertama tersebut beberapa orang ahli Dewan Rakyat telah mengambil bahagian termasuk dari parti pembangkang. Ahli-ahli Dewan dari parti pemerintah telah menyatakan persetujuan dengan usul tersebut di samping memberi pandangan bagi memperkemaskan lagi sistem pelaksanaannya supaya dapat memberi faedah kepada semua lapisan rakyat. Usul Rancangan Malaysia Kedua ini yang dibahaskan selama lima hari telah diluluskan oleh Dewan Rakyat memandangkan kepentingannya untuk memajukan lagi masyarakat dan negara.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768