Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL DIBENTANGKAN

Pada hari ini dalam tahun 1969, Rang Undang-undang Keselamatan Sosial yang dinamakan Akta Keselamatan Sosial 1969, dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Buroh, Encik Manickavasagam. Pelaksanaan Rang Undang-undang ini akan dapat memberi faedah kepada 950 ribu orang pekerja yang terlibat dalam semua perusahaan yang mempunyai lebih daripada lima orang pekerja dengan jumlah pendapatan tidak lebih daripada $500 sebulan. Faedah yang diperuntukan adalah Skim Insuran Bencana dan Skim Pencen Ilat. Rang Undang-undang ini menggariskan dengan jelas mengenai hal-hal kecederaan semasa bekerja, kecacatan dan sakit biasa. Pekerja-pekerja berhak mendapat pencen bulanan akibat kecelakaan yang dialami sehingga mereka meninggal dunia. Selain itu, faedah yang tidak terhad kepada balu dan kanak-kanak yang berhak menerima pencen penuh turut terkandung didalam Rang Undang-undang ini. Di pihak majikan pula, mereka disyaratkan memberi pencen tambahan sebanyak 30 peratus kepada pekerja yang cedera dan memerlukan rawatan terus menerus.

Skrip: Aliza Minai Rajab/ Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768