Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Rang Undang-Undang Malaysia Dibentangkan

Pada hari ini dalam tahun 1963, YAB Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein membentangkan Rang Undang-undang Malaysia di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.Rang Undang-undang itu dibentangkan bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak, Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu menjadi sebuah negara Persekutuan yang merdeka. Rang Undang-undang ini dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia berasal daripada Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 setelah dibuat beberapa pindaan untuk disesuaikan dengan kemasukan negeri-negeri tersebut. Ianya adalah hasil daripada cadangan Jawatankuasa Antara Kerajaan  yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962. Rang Undang-undang ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara penting seperti parlimen, imigrasi, kewangan, kehakiman, bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam, keselamatan, agama Islam, hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak serta kewarganegaraan. Perbahasan mengenai Rang Undang-undang tersebut telah berlangsungselamabeberapaharidanpada 21 Ogos 1963, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang tersebut dengan 73 suara menyokongdan 16 suara menentang dan diikuti oleh Dewan Negara. Sesungguhnya, peristiwa yang berlakupadahariinidalamtahun 1963 amat penting dalam sejarah negara kerana ia merupakan asas kepada terbentuknya Malaysia.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768