Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Rang Undang-Undang Perbadanan Simpanan Jemaah Haji Dibentangkan

Pada hari ini dalam tahun 1962, Rang Undang-Undang Perbadanan Simpanan Jemaah Haji telah dibentangkan di Parlimen dan telah dibacakan buat kali yang kedua untuk perbahasan sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Rang Undang-undang ini telah dibentangkan oleh Menteri Muda Kementerian Luar Bandar, Haji Abdul Khalid bin Awang Omar. Rang Undang-undang Perbadanan Simpanan Jemaah Haji ini adalah berdasarkan hasil dari Laporan Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Bakal-Bakal Haji yang telah ditubuhkan pada tahun 1960. Jawatankuasa Kebajikan ini telah ditugaskan untuk menubuhkan Lembaga Jemaah Haji serta mengkaji syor-syor yang dikemukakan oleh seorang ahli ekonomi terkemuka Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid, Pensyarah Ekonomi Universiti Malaya, di mana idea-idea dan pandangan jauh mereka telah dipaparkan dalam satu memorandum bertajuk Pilgrims Economy Improvement Plan (Rancangan Bagi Memperbaiki Ekonomi Bakal-Bakal Haji). Setelah lebih dua tahun membuat kajian, maka pada hari ini dalam tahun 1962 Rang Undang-Undang Perbadanan Simpanan bersama-sama dengan Penyata Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Jemaah Haji telah dibentangkan di Parlimen dan diluluskan pada esoknya. Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan untuk membentuk perbadanan yang akan memberi kemudahan dan menolong bakal-bakal haji bagi mengumpul wang dengan cara simpanan melalui Tabung Haji sebagai perbelanjaan menunaikan fardhu haji ke Mekah. Rang Undang-Undang ini diwartakan dalam Warta Kerajaan Undang-Undang Bilangan 34 Tahun 1962.  


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768