Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Rang Undang-Undang Perlembagaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang Dan Seberang Perai Di Luluskan

Pada hari ini dalam tahun 1959,  Rang Undang-Undang Perlembagaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Sebarang Perai telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai.  Penubuhan Majlis  Agama Islam ini adalah perlu memandangkan ianya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu ‘Agama Islam sebagai Agama Rasmi’. Kelulusan penubuhan Majlis ini bukan sahaja menjadi tunggak utama ke arah mengendali dan mengawasi hal ehwal dan kebajikan umat Islam malah ia juga turut membolehkan Majlis ini mentadbirkan segala perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan penganutnya dengan jujur, adil dan saksama.  Dengan lulusnya Rang Undang-Undang Perlembagaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai pada hari ini dalam tahun 1959, ianya merupakan detik awal ke arah penubuhan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan dan mengendalikan Hal Ehwal Agama dalam negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768