Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

RANG UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DILULUSKAN

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1957,  Rang  Undang-Undang  Perlembagaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  1957   telah  diluluskan.   Rang  Undang-Undang  tersebut  telah  diluluskan  dengan  sebulat  suara  oleh  Majlis  Mesyuarat  Undangan  Federal  yang  telah  memberikan  taraf  Kemerdekaan  kepada Persekutuan  Tanah  Melayu   pada  31 Ogos  1957.  Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mengemukakan usul supaya rang undang-undang  ini  diluluskan.  Melalui kelulusan tersebut, Negeri-Negeri  Melayu  Bersekutu,  Pulau  Pinang  dan  Melaka  akan  menjadi  sebuah  Persekutuan  yang  dinamakan  Persekutuan  Tanah  Melayu mulai 31 Ogos  1957. Sesungguhnya,  dengan  kelulusan  Undang-Undang  Perlembagaan  Persekutuan  ini  telah  memberi  pengiktirafan  kepada  sebuah  kerajaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  yang  berdaulat  dan  merdeka.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768