Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

RANG UNDANG-UNDANG SENJATA API 1974 DILULUSKAN

Pada hari ini dalam tahun 1974, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang Senjata Api (Penalti lebih Berat) (Pindaan) 1974. Rang Undang-Undang itu merupakan pindaan kepada Rang Undang-Undang Senjata Api 1971. Rang Undang-Undang ini diwujudkan bagi mengatasi kejadian jenayah menggunakan senjata api. Disamping itu, Rang Undang-Undang ini juga dapat menyekat kegiatan anasir-anasir tertentu yang membekalkan senjata api kepada penjenayah untuk menimbulkan kekacauan.  Rang Undang-undang Senjata Api ini antara lain memperuntukkan, penjenayah yang memiliki senjata api semasa melakukan kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup dan dikenakan enam kali sebatan. Selain itu juga, seseorang yang menggunakan senjata api tiruan untuk menakutkan orang lain, boleh dikenakan hukuman penjara selama sepuluh tahun serta tiga kali sebatan. Dengan penguatkuasaan Rang Undang-undang Senjata Api ini, membuktikan kerajaan memberikan perhatian berat bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768