Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN) 1981 DILULUSKAN

Pada hari ini dalam tahun 1981, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Undang-undang Suruhanjaya Pilihanraya (Pindaan) 1981. Rang undang-undang ini bertujuan membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan tugas lebih kemas dan teratur. YB Dato Pengiran Othman Rauf, Menteri Tidak Berportfolio ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang ini menyatakan bahawa kajian sedang dijalankan bagi mengkaji kawasan-kawasan pilihanraya yang dilakukan antara 8 hingga 10 tahun sekali. Selain daripada itu, Dato' Pengiran Othman Rauf menjelaskan setakat ini kerajaan sedang mengkaji kertas-kertas pencalonan di mana yang difikirkan perlu diperbaiki bagi memudahkan calon-claon untuk mengisi borang pencalonan. Mengenai gaji dan elaun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Dato Pengiran Othman menjelaskan kerajaan tidak bercadang menaikan gaji dan elaun mereka pada masa ini. Diharap dengan adanya pindaan ke atas Rang Undang-undang ini, Suruhanjaya Pilihanraya akan dapat berfungsi dengan lebih kemas dan teratur.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768