Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Rombongan Inggeris Sampai Ke Pulau Pangkor

Pada hari ini dalam tahun 1874, Rombongan Inggeris yang mengadakan perundingan dengan Pembesar-pembesar Perak telah tiba di Pulau Pangkor dengan menaiki kapal Pluto melalui Selat Melaka.Kedatangan rombongan Inggeris ini bertujuan untuk mengadakan rundingan dengan Pembesar-pembesar Perak bagi mengatasi peperangan saudara dan kekacauan di negeri Perak. Selain daripada itu, jemputan oleh Raja Abdullah merupakan faktor kedatangan rombongan ini yang mana dalam surat tersebut beliau meminta Inggeris mengatasi masalah kekacauan di Perak dan mengiktiraf baginda sebagai Sultan. Sebelum kedatangan rombongan yang diketuai oleh Sir Andrew Clark ini, terlebih dahulu wakilnya W.H. Reid menemui Raja Abdullah untuk mengadakan perbincangan awal sebelum pertemuan di Pulau Pangkor. Antara Pembesar-pembesar Perak yang hadir dalam perundingan ini ialah Raja Abdullah; Raja Idris; Orang Kaya Menteri Larut, Ngah Ibrahim; Dato’ Temenggong, Dato’ Sagor dan lain-lain. Dengan kedatangan rombongan Inggeris ke Pulau Pangkor, satu perundingan telah diadakan di Pulau Pangkor yang kemudian termeterainya perjanjian di antara Raja Abdullah dan para Pembesar Perak dengan Inggeris yang kemudian dikenali dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 yang memanfaatkan persengketaan di antara Pembesar-pembesar Melayu serta Kongsi Gelap Cina.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768