Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Rundingan Perdagangan Tanah Melayu - Australia Yang Pertama

Pada hari ini dalam tahun 1958, rundingan kali pertama mengenai perdagangan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Australia telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Tan Siew Sin di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Australia adalah negara yang pertama mengadakan rundingan perdagangan dengan Tanah Melayu setelah negara ini mencapai kemerdekaan. Dalam rundingan tersebut, Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Raja Mohar bin Raja Badiozzaman, sementara perwakilan Australia yang terdiri dari enam orang ahli diketuai oleh Mr. G. Paul Philips. Dalam ucapan perasmiannya, Encik Tan Siew Sin menjelaskan bahawa Tanah Melayu mempunyai pasaran yang teguh bagi barangan keluaran Australia manakala Australia pula sedang membangun dengan pesatnya dalam bidang perindustrian dan dapat menyediakan pasaran bagi bahan-bahan mentah dari Tanah Melayu. Peluang ini haruslah digunakan oleh kedua-dua buah Negara untuk memperluaskan perdagangan. Encik Paul Philips pula menyatakan bahawa Tanah Melayu dan Australia mempunyai masalah yang sama dalam perdagangan iaitu pasaran. Australia membeli separuh dari keluaran kayu balak Tanah Melayu, getah, bijih timah, tepung ubikayu dan juga rempah. Tanah Melayu pula mengimport tepung gandum dari Austarlia. Pada akhir perasmian persidangan itu, kedua-dua pihak berharap, supaya rundingan-rundingan seterusnya dan perjanjian yang akan ditandatangani di akhir rundingan kelak akan memberikan satu daya usaha baru dalam perkembangan perdagangan diantara kedua belah pihak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768