Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

RUNDINGAN PERJANJIAN PERKHIDMATAN UDARA MALAYSIA-JEPUN

Pada hari ini dalam tahun 1964, satu perjanjian perkhidmatan udara antara Malaysia dan Jepun telah ditandatangani di Kementerian Pengangkutan, Kuala Lumpur. Upacara menandatangani perjanjian ini dibuat diantara Pemangku Setiausaha Kementerian Pengangkutan, YM Raja Azam b. Raja Kamarulzaman dengan Ketua Perwakilan Kerajaan Jepun, Tuan Yuichi Hayashi. Majlis bersejarah ini disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Dato’ Sardon b. Hj. Jubir dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dato’ Fumihiko Kai. Perjanjian ini dimeteri bertujuan untuk memperkembangkan lagi kerjasama antarabangsa di dalam perkhidmatan pengangkutan udara di antara Malaysia dengan negara matahari terbit itu. Dengan temeterinya perjanjian ini, Malaysia bukan sahaja dapat meningkatkan mutu perkhidmatan sektor pengangkutan udara di negara ini malah dapat memperluaskan perkhidmatannya ke seluruh dunia.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768