Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

SAMBUTAN 100 TAHUN WARISAN UNIVERSITI MALAYA

Pada hari ini dalam tahun 2005, Universiti Malaya telah melancarkan majlis Sambutan 100 Tahun Warisan Universiti Malaya di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga merupakan Canselor Universiti Malaya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut diberi penghormatan menyampaikan ucap tama dimajlis tersebut. Dalam ucap tamanya, Datuk Seri Najib menyatakan satu mekanisme perlu diwujudkan supaya golongan cendekiawan di Negara ini dapat terus menjana ilmu atau mencipta inovasi di IPT walaupun selepas bersara. Sempena sambutan 100 tahun institusi ini, beliau turut melontarkan cabaran kepada UM yang kini disenaraikan di kedudukan 89 dari 100 universiti terbaik dunia, untuk berada di kedudukan 50 terbaik menjelang 2020 selain menjadi mercu tanda dalam sejarah pendidikan Negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768