Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Sarawak Gazette Diterbitkan

Pada hari ini dalam tahun 1870, majalah Sarawak Gazette telah diterbitkan. Ini menjadikan Sarawak Gazette di antara majalah-majalah Inggeris tempatan yang tertua di negara ini.Ia menjadi perakam sejarah zaman Brooke, Jajahan Mahkota dan kini Malaysia. Sarawak Gazette adalah majalah separa rasmi yang diuruskan oleh seorang pegawai Brooke sebagai editor dan diterbitkan dua minggu sekali. Ilham untuk majalah ini datangnya dari ‘Raja Putih Kedua’, Charles Brooke, yang merasakan bahawa Sarawak memerlukan satu alat komunikasi di mana penduduknya dapat mendedahkan perasaan dan fikirannya di samping menjadi medium untuk merakamkan isu semasa dan laporan-laporan yang akan berguna untuk sejarah negeri Sarawak. Pada zaman Brooke, Sarawak Gazette memuatkan berbagai-bagai jenis berita dan laporan - daripada berita perkahwinan hinggalah kepada arahan-arahan Brooke yang mempunyai kuasa undang-undang.Laporan-laporan bulanan dari bahagian atau daerah terpencil merupakan berita semasa dan sumber sejarah yang amat berharga bagi penyelidik-penyelidik sekarang.Untuk ahli-ahli antropologi, Sarawak Gazette memuatkan cerita-cerita dan catatan-catatan pegawai Brooke yang tertarik kepada kebudayaan suku kaum yang aneh bagi mereka. Di tahun-tahun 40-an terdapat sumbangan orang-orang Melayu dalam tulisan Jawi apabila surat khabar Melayu yang pertama, iaitu Fajar Sarawak yang diterbitkan pada tahun 1932. Di antara tulisan-tulisan orang Melayu ini ialah laporan tahunan atau Minit Mesyuarat Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.Di zaman Jajahan Mahkota, Sarawak Gazette masih menjadi majalah utama yang diterbitkan sebulan sekali.Isi kandungannya masih lagi berguna sebagai sumber sejarah. Bagaimanapun sejak tahun-tahun 60-an hinggalah sekarang peranan Sarawak Gazette dalam media massa sudah tidak begitu penting lagi kerana menerima persaingan hebat dari media massa yang lain.

 

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768