Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Sekolah Menengah Melayu Campuran Pertama Di Perlis Dibuka Dengan Rasmi

Pada hari ini dalam tahun 1964, Sekolah Menengah Melayu Campuran antara penuntut lelaki dan perempuan yang pertama di Perlis telah dibuka dengan rasminya.  Sekolah ini terletak di Arau dan dibuka dengan rasminya oleh Puteri DYMM Yang di-Pertuan Agong, YM Puan Sharifah Salwa yang mewakili suaminya Pemangku Raja Perlis. Sekolah tersebut telah didirikan dengan belanja $303,000 dan boleh menampung seramai 603 orang pelajar.  Bangunan sekolah tersebut mengandungi 18 bilik darjah dan dua bilik makmal bagi kegunaan lebih 300 orang pelajar lelaki dan lebih 200 orang pelajar perempuan yang menuntut di sekolah tersebut. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Sheikh Ahmad bin Mohamed Hashim, Ketua Pegawai Pelajaran, Encik Ariffin Mohamed Amin serta para Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Perlis. Dalam ucapan Pemangku Raja Perlis yang dibacakan oleh YM Puan Sharifah Salwa, baginda menyatakan pembukaan sekolah ini membuktikan kesungguhan Kerajaan menolong pelajar-pelajar Melayu sama ada pelajar lelaki atau perempuan mencapai taraf pelajaran yang lebih baik lagi. Baginda juga menggesa para pelajar berusaha bersungguh-sungguh memajukan taraf pelajaran mereka untuk menjamin kehidupan masa hadapan yang lebih baik. Menteri Besar Perlis dalam ucapannya menyatakan bahawa masanya telah tiba untuk meningkatkan taraf pelajaran dalam bahasa Melayu supaya setaraf dengan pelajaran dalam pengantar bahasa Inggeris.  Pembukaan sekolah ini juga merupakan salah satu langkah Kerajaan dalam usaha memajukan Sekolah Melayu khususnya dengan kelengkapan pembelajaran yang baik dan sempurna.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768