Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

SEKOLAH MENENGAH MELAYU CAMPURAN PERTAMA DI PERLIS DI BUKA

Pada hari ini dalam tahun 1964, Sekolah Menengah Melayu campuran antara penuntut lelaki dan perempuan yang pertama di Perlis, dibuka dengan rasminya oleh Puteri DYMM Yang di-Pertuan Agong, Yang Mulia Puan Sharifah Salwa ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail yang mewakili suaminya Pemangku Raja Perlis. Sekolah yang terletak di Arau, Perlis ini didirikan dengan kos RM303,000 dan mampu menampung seramai 603 orang pelajar. Sekolah ini mempunyai 18 bilik darjah dan 2 buah makmal bagi kegunaan pelajar-pelajarnya. Dalam titahnya, Baginda menggesa para pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan taraf pelajaran mereka demi menjamin masa hadapan yang lebih sempurna.  Pembukaan sekolah ini merupakan salah satu usaha dan kesungguhan Kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar Melayu dalam bidang pendidikan demi kehidupan masa depan yang lebih cemerlang dan terjamin.

                                              

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768