Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

SEMBILAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN DILANCAR

Pada hari ini dalam tahun 2003, sembilan buah institut kemahiran latihan milik Jabatan Tenaga Rakyat yang baru beroperasi, dilancar secara serentak. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi di Shah Alam, Selangor. Sembilan buah institut latihan kemahiran ini dibina dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) meliputi empat buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) dan lima buah Institut Latihan Perindustrian (ILP). Menurut Timbalan Perdana Menteri, Malaysia kini perlu bersedia berhadapan dengan suasana perubahan yang dipanggil ‘revolusi senyap’ iaitu perubahan kepada industri berteknologi tinggi. Dalam majlis yang sama, Beliau turut melancarkan konsep pembelajaran e-training yang akan diperkenalkan di semua institut latihan kemahiran tersebut. Dengan adanya institut latihan kemahiran ini, Negara dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang pakar dan berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan produktiviti kerja yang bermutu tinggi dan berupaya bersaing di peringkat global.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768