Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Seminar Antarabangsa Mengenai Strategi Pengembangan Dan Pembangunan Luar Bandar

Pada hari ini dalam tahun 1983, seminar antarabangsa mengenai Strategi Pengembangan dan Pembangunan Luar Bandar telah berlangsung di Universiti Pertanian Malaysia. Seminar ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dengan kerjasama INTAN. Seminarini  telah dihadiri oleh 500 ahli akademik serta kakitangan Kerajaan dari dalam dan luar negeri. Seminar telah dirasmikan oleh Pemangku Perdana Menteri yang juga Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Musa Hitam. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Musa mengakui bahawa jurang kemiskinan luar bandar dan penduduk bandar bagi rantau ini dan juga Malaysia masih luas.  Bagi Malaysia, Rancangan Malaysia ke-4 dan juga pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru masih belum mencapai tahap memuaskan dalam usaha membasmi kemiskinan luar bandar. Dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan ini khususnya di rantau Asia Tenggara faktor perpindahan penduduk luar bandar ke bandar telah mengakibatkan kekurangan tenaga muda di sektor luar bandar. Manakala input yang rendah dari segi pelajaran dan tenaga manusia serta motivasi dan sikap pekerja-pekerja luar bandar turut menyumbang kepada masalah kemiskinan di kawasan luar bandar. Seminar antarabangsa yang diadakan ini akan dapat membincangkan cara-cara yang perlu dan berkesan bagi mengatasi masalah kemiskinan luar bandar yang menjadi satu fenomena bersama bagi negara-negara sedang membangun khususnya di rantau ini.  Dengan berlangsungnya seminar antarabangsa ini adalah diharapkan rumusan-rumusan yang tepat dapat dihasilkan bagi mengatasi masalah kemiskinan di luar bandar.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768