Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

SEMINAR BAHASA DAN SASTERA DIRASMI

Pada hari ini dalam tahun 1962, Seminar Bahasa dan Sastera, dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak b. Dato’ Hussein di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar diadakan untuk mendapatkan buah fikiran bagi mengatasi kekurangan-kekurangan yang terdapat di dalam buku-buku yang telah diterbitkan. Seminar ini juga akan mengkaji kedudukan pelajaran Sastera Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan supaya pelajaran ini dapat menjadi platform bagi pembinaan dan pembangunan kebangsaan. Dalam ucapan perasmiannya, Tun Abdul Razak menyeru tokoh-tokoh bahasa dan para penulis supaya menggunakan pena masing-masing dengan sebaik-baiknya dalam membentuk masyarakat mengikut acuan yang dikehendaki. Tambahnya, sebagai sebuah negara yang sedang membangun, peningkatan taraf hidup rakyat, agama, bahasa dan kesusasteraan, diberi perhatian sewajarnya ketika ini. Seminar ini diharap dapat menjelaskan kepada penulis-penulis dan ahli-ahli bahasa mengenai peranan penting mereka dalam meninggikan mutu bahasa dan kesusasteraan kebangsaan.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768