Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Seminar Perhimpunan Belia Sedunia

Pada hari ini dalam tahun 1964, satu Seminar Perhimpunan Belia Sedunia telah berlangsung di Maktab Kerjasama Petaling Jaya, Selangor. Seminar ini telah dianjurkan oleh Perhimpunan Belia Sedunia dengan kerjasama Perikatan Koperatif Antarabangsa, Majlis Belia Malaysia dan Kesatuan Koperatif Malaysia. Seminar yang bertemakan “Belia dan Koperatif” telah dibuka oleh Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama, Encik Mohamed Khir Johari. Dalam seminar ini kira-kira lebih daripada 30 peserta dan pemerhati daripada 12 buah negara telah hadir seperti negara Australia, Ceylon, Fiji, India, Israel, Jepun, Lebanon, Malaysia, Pakistan, Vietnam, Thailand dan Belgium. Dalam ucapannya, Encik Mohamed Khir Johari telah menekankan betapa pentingnya pergerakan koperatif di dalam meninggikan taraf hidup rakyat. Beliau berharap hasil daripada seminar ini akan dapat menimbulkan minat Belia-Belia Asia untuk menggerakkan kegiatan koperatif dengan lebih aktif dan bermanfaat. Tujuan seminar ini diadakan ialah bagi memberi lebih banyak pengetahuan kepada golongan belia di dalam bidang koperatif, malah golongan belia dapat memainkan peranan yang penting di dalam bidang tertentu dan perlu sentiasa bekerjasama dengan kerajaan di dalam melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan luar bandar. Seminar yang telah berlangsung selama 12 hari ini telah membincangkan pelbagai aspek dalam berbagai perkara koperatif. Seminar ini antara lainnya telah berjaya menimbulkan kesedaran di kalangan belia-belia tentang pentingnya koperatif dan beberapa rancangan telah diputuskan untuk memajukan aktiviti koperatif di kalangan belia.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768