Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Seminar Pertubuhan Peladang Asia Dan Timur Jauh Dirasmikan

Pada hari ini dalam tahun 1969, Seminar Pertubuhan Peladang Negara-negara Asia dan Timur Jauh telah diadakan di Kuala Lumpur. Seminar yang pertama kali diadakan di Malaysia ini telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama, Datuk Haji Ghazali Jawi.  Seminar tiga minggu ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama Malaysia dengan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu. Seramai  75 orang wakil dan pakar-pakar pertanian dari 17 buah negara iaitu Thailand, Burma, India, Pakistan, Hong Kong, Taiwan, Kemboja, Sri Lanka, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Laos, Nepal, Fillpina, Vietnam Selatan, Singapura dan Malaysia telah hadir.  Sebanyak 26 buah kertas kerja  dibentangkan termasuk lapan dari Malaysia. Kertas kerja ini membincangkan berbagai aspek pertanian antarabangsa seperti masalah tenaga kerja, usaha-usaha penyelidikan, pemasaran ekonomi pertanian dan peranan persatuan-persatuan peladang.  Di dalam perutusannya Tun Abdul Razak menegaskan, Malaysia akan berusaha memajukan kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sains, pelajaran dan kebudayaan.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768