Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Seminar Sains Dan Ilmu HIsab Tenggara Asia

Pada hari ini dalam tahun 1967, Seminar Sains dan Ilmu Hisab Tenggara Asia telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Mohd.Khir Johari di Pulau Pinang.Seminar itu telah berlangsung selama 3 hari di Maktab Perguruan Malaya di Gelugor.Turut hadir ialah perwakilan dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Tujuan utama Seminar Sains dan Ilmu Hisab Tenggara Asia diadakan adalah untuk mengkaji laporan-laporan seminar peringkat kebangsaan negara-negara anggota mengenai mata pelajaran biologi, kimia, sains, ilmu hisab dan fizik untuk membentuk dan merancang satu sistem pelajaran sains dan ilmu hisab yang seragam. Rancangan menitikberatkan matapelajaran sains dan ilmu hisab adalah sebagai persiapan untuk menyediakan tenaga manusia yang mahir dalam bidang tersebut ke arah memajukan pembangunan negara khususnya di bidang sains dan teknologi. Penyeragaman skop mata pelajaran sains dan ilmu hisab di negara-negara Tenggara Asia akan dapat menubuhkan kerjasama teknikal mengikut keperluan-keperluan perusahaan antara negara. Diharap Seminar Sains dan Ilmu Hisab pada hari ini, dalam tahun 1967, dapat membantu meningkatkan mutu pendidikan negara serta perkembangan sains dan teknologi.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768