Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

SERANGAN JEPUN KE ATAS MUAR

Pada hari ini dalam tahun 1942, tentera udara Jepun menyerang bandar Muar, Johor. Serangan udara tentera Jepun ini dibantu dengan kemaraan pasukan ke-15 tentera berjalan kaki Jepun yang diketuai oleh General Nizhimura. Mereka melakukan serangan daripada tiga penjuru dan terus bergerak menyusur pantai dari muara Sungai Muar menuju Muara Sungai Kesang. Pengeboman Bandar Muar itu menandakan saat-saat terakhir kejatuhan Tanah Melayu ke tangan Jepun oleh kerana kedudukan Muar dan Johor yang strategik bagi pertahanan di Selatan Tanah Melayu. British telah meletakkan pasukan Brigade ke-45 Infantry India yang baru tiba dan tidak berpengalaman dan pasukan Australian Imperial Force,  untuk bertahan di Muar.   Kelemahan pihak British ini menyebabkan tentera Jepun dapat menawan Bandar Muar dengan mudah sekali dan akhirnya pada 16 Januari 1942, tentera Jepun berjaya menguasai tebing Sungai Muar sepenuhnya. Kejatuhan Muar ke tangan Jepun, menandakan pintu penguasaan seluruh Tanah Melayu telah terbuka dengan luasnya.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768