Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

SIDANG KEMUNCAK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU-SINGAPURA

Pada hari ini dalam tahun 1959, satu sidang kemuncak mengenai perkara-perkara kepentingan bersama di antara pemimpin-pemimpin kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Brockman Road, Kuala Lumpur. Sidang kemuncak ini dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein selaku Ketua Perwakilan berserta dengan ahli-ahlinya manakala Singapura diketuai oleh Perdana Menterinya, Encik Lee Kuan Yew berserta dengan ahli-ahlinya. Sidang kemuncak tanpa agenda khusus ini, membincangkan secara terbuka mengenai perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama dalam usaha mendekati masalah-masalah politik, sosial dan ekonomi. Kedua-dua pihak bersetuju mencapai satu tujuan dan matlamat walaupun berbeza pendekatan dalam menghadapi masalah yang timbul dari ketiga-tiga unsur tersebut. Sidang kemuncak ini dapat menyelaras dengan lebih rapi hal-hal berkepentingan bersama, yang lahir menerusi sikap toleransi dan harmoni antara satu sama lain.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768