Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Sidang Raja-Raja Melayu (Durbar) Yang Pertama

Pada hari ini dalam tahun 1897,  Sidang Raja-raja Melayu atau Durbar yang pertama telah diadakan di Istana Negara, Kuala Kangsar. Hadir di dalam Sidang Durbar ini ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Idris; Sultan Pahang, Sultan Ahmad; Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad dan Yam Tuan Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad.  Baginda Raja-raja Melayu telah diiringi oleh Orang-orang Besar. Hadir bagi pihak Kerajaan British pula ialah Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu; Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu; Hugh Clifford, Residen Pahang; J.P. Rodger, Residen Selangor dan W.H. Treacher, Residen Negeri Perak.  Tujuan utama Sidang Durbar ialah untuk memperlihatkan kepada Raja-raja Melayu tentang keadaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan bertukar-tukar fikiran mengenai negeri masing-masing. Dalam persidangan ini perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan lain-lain masalah yang tertentu mengenai kepentingan orang Melayu telah dibincangkan. Persidangan ini telah membuka jalan kepada Raja-raja Melayu untuk mengenali sistem pentadbiran penjajah British dan dengan itu dapat memberi teguran-teguran yang bernas seperti yang pernah disuarakan oleh Sultan Idris Perak dalam Durbar Kedua yang berlangsung pada 20 hingga 23 Julai 1903.     


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768