Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Sidang Terakhir Majlis Undangan Negeri Sabah Di Bawah Pentadbiran Inggeris

Pada hari ini dalam tahun 1962, berlangsung satu persidangan bersejarah bagi Majlis Undangan Negeri Sabah kerana ia merupakan persidangan yang terakhir diadakan di bawah Pentadbiran Inggeris. Persidangan Majlis Undangan Negeri Sabah yang bersejarah ini telah dirasmikan oleh Gabenor Sir William Goode. Antara tetamu khas yang hadir di persidangan tersebut adalah Ketua Perwakilan Tetap Malaya ke Jawatankuasa Antara Kerajaan; Dato’ Abdul Aziz Majid, Setiausaha Jabatan Sekretariat Malaysia Encik Aziz Yeop dan Setiausaha Bersekutu Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi pihak Kerajaan British Tuan J.B. O’Brien. Gabenor Sir William dalam ucapan perasmiannya menyokong Sabah menyertai Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa rakyat Sabah haruslah memandang masa depan mereka terutama untuk mendapat perlindungan dan dengan menyertai Malaysia masalah perlindungan ke atas Sabah akan dapat dipikul oleh Kerajaan Pusat. Sehubungan dengan itu beliau menyatakan kunjungan yang akan dilakukan oleh YTM Tunku Abdul Rahman ke Sabah memang ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah untuk mendapat gambaran yang lebih dekat tentang pembentukan Malaysia.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768