Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Sir Alec Newboult Mengumumkan Peluasan Undang-Undang Darurat Ke Seluruh Negara

Pada hari ini dalam tahun 1948, Sir Alec Newboult mengumumkan peluasan Undang-undang Darurat ke seluruh negara.  Pengumuman ini dibuat ekoran daripada tindakan pengganas komunis yang semakin berleluasa.Ia bertujuan untuk memberi kuasa yang lebih besar kepada pihak polis dan tentera untuk menangkap dan menahan orang yang disyaki terlibat di dalam kegiatan subversif. Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948, apabila pemberontakan dan keganasan yang dilakukan oleh pihak komunis semakin menjadi-jadi.Mereka telah melancarkan keganasan dan beberapa pemogokan di seluruh negara bagi melumpuhkan ekonomi negara. Antara aktiviti keganasan yang dilakukan oleh pihak komunis adalah pembunuhan ke atas orang awam dan merosakkan kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya, jalan kereta api serta mengebom jambatan. Beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan dalam mengawal kegiatan pihak komunis seperti pembesaran Pasukan Askar Melayu, Penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang, Penubuhan Kampung-kampung Baru di bawah Rancangan Briggs dan perkhidmatan tentera yang diwajibkan. Berikutan peluasan Undang-undang Darurat dalam tahun 1948, kegiatan-kegiatan subversif pengganas komunis telah dapat dikawal dan dibendung dengan keberanian anggota polis dan tentera.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768