Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
May
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

SISTEM PENGAIRAN SKIM PAYA PAHANG TUA-LANGGAR DINAIK TARAF

Pada hari ini dalam tahun 2010, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Datuk Seri Noh Omar, merasmikan Projek Pembangunan Menaik Taraf Skim Pengairan Pahang Tua-Langgar di Pekan, Pahang. Skim pengairan ini merupakan skim yang menggunakan pam untuk mendapatkan bekalan air dari Sungai Pahang Tua melibatkan dua buah mukim iaitu Mukim Pahang Tua dan Mukim Langgar. Skim pengairan ini merupakan skim taliair yang terbesar dan tertua di Negeri Pahang. Skim pengairan ini dinaik taraf bagi memastikan keupayaan pengurusan air ke sawah bendang dapat ditingkatkan dan teratur serta dapat membantu para petani meningkatkan keluaran hasil tanaman padi.  Projek yang menelan belanja sebanyak RM38 juta ini diharap dapat mencapai matlamat penanaman padi dua kali setahun di kawasan seluas 1225 hektar ini. Projek naik taraf yang melibatkan penyediaan prasarana dan infrastruktur yang lengkap ini bukan sahaja mampu mempertingkatkan taraf hidup masyarakat petani malah menjadi pemangkin dalam meningkatkan pengeluaran pagi di Negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768