Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

SISTEM SARAAN BARU DIUMUM

Pada hari ini dalam tahun  1991, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengumumkan pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) yang lebih fleksibel bagi sektor awam. SSB yang diperkenalkan ini mengutamakan galakan serta pelbagai insentif berdasarkan mutu kerja dan produktiviti dalam perkhidmatan. Menurut Perdana Menteri, pelbagai insentif seperti elaun dan kemudahan baru yang disediakan di bawah SSB, antara lain bertujuan menyekat golongan professional, meninggalkan perkhidmatan awam. Tambahnya, anggota perkhidmatan awam yang menunjukkan pencapaian prestasi yang cemerlang, berpotensi menikmati peningkatan gaji dengan lebih cepat. Sistem ini bukan sekadar memberi kenaikan pendapatan malah memberi peluang kepada anggota perkhidmatan awam, memajukan kedudukan diri dalam perkhidmatan sekaligus dapat memberi hasil kerja yang berkuliti kepada organisasi masing-masing.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768