Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

26
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Back

Skim Perumahan Persendirian Pekerja-Pekerja Ladang

Pada hari ini dalam tahun 1978, Skim Perumahan Persendirian Pekerja-pekerja Ladang yang pertama di negeri Kedah telah dilancarkan oleh Menteri Besar YAB Datuk Seri Syed Ahmad Shahabuddin di Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil, Kedah. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Perumahan dan Kemajuan Perkampongan YB Datuk Michael Chen dan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat YB Datuk Lee San Choon. Skim perumahan ini merupakan projek ulung yang telah disiapkan atas dasar-dasar yang disyorkan oleh pasukan petugas bagi kemudahan pekerja-pekerja ladang dan lombong untuk memiliki kemudahan asas seperti perumahan ini. Menteri Besar Kedah dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa kerajaan negeri memberi penghargaan yang tinggi di atas pelaksanaan projek tersebut yang dibina di atas tanah kepunyaan pihak ladang sendiri dengan mengenakan bayaran bulanan yang berpatutuan. Menurut beliau juga, usaha tersebut menunjukkan bahawa kebajikan pekerja-pekerja ladang tidak diabaikan oleh majikan dan beliau berharap lebih banyak ladang-ladang persendirian dapat mengadakan skim seumpama ini. Skim perumahan persendirian yang dilancarkan ini mengandungi 232 unit rumah kediaman dan 6 buah unit kedai. Dengan pelancaran skim ini diharapkan dapat mengurangkan masalah perumahan yang dihadapi oleh golongan pekerja-pekerja ladang di negara ini amnya dan di negeri Kedah khususnya.

 

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768