Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Suara Malaysia Dilancarkan

Pada hari ini dalam tahun 1963, Perkhidmatan Siaran Luar Negara Radio Malaysia yang dikenali sebagai Suara Malaysia, telah memulakan siarannya dalam tiga bahasa iaitu bahasa Indonesia, Inggeris dan Mandarin.Bilik siaran dan studio Suara Malaysia yang pertama ialah di Rumah Persekutuan di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur sebelum berpindah pada tahun 1972 ke Kompleks Penyiaran Angkasapuri di Bukit Putera, Kuala Lumpur. Tujuan utama siaran Suara Malaysia ialah untuk meningkatkan imej negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Pelbagai rancangan telah disiarkan meliputi berita, ceramah dan lain-lain perkara semasa bertujuan mewujudkan hubungan dengan negara-negara luar terutama sekali di rantau ASEAN. Pada 29 April 1967, DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj telah merasmikan sebuah stesen pemancar tetap untuk siaran Suara Malaysia yang terletak di Kajang. Peranan terakhir yang dipertanggungjawabkan kepada Suara Malaysia ialah untuk membekalkan pengetahuan mengenai pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh negara kepada rakyat Malaysia terutama pelajar kita di luar negara. Siaran Suara Malaysia dapat didengar di negara Jepun, China, keseluruhan Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan, Australia, New Zealand, India, Bangladesh dan juga negara-negara Asia Barat. Dari maklum balas yang diterima melalui surat, siaran Suara Malaysia juga dapat didengari di bahagian Utara dan Barat Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat.  


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768