Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

SULTAN SELANGOR RASMI STESEN JANAELEKTRIK LLN KAPAR

Pada hari ini dalam tahun 1987,  Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah berkenan mencemar duli merasmikan pembukaan Stesen Janaelektrik Lembaga Letrik Negara di Kapar, Klang, Selangor. Stesen yang mempunyai keupayaan terpasang antara 2400 hingga 3000 MW ini merupakan stesen yang terbesar bukan sahaja di dalam sistem LLN malah antara yang terbesar di rantau Asean. Stesen ini menggunakan tiga jenis bahan bakar iaitu minyak, gas dan arang batu yang membolehkan LLN memilih untuk menggunakan mana-mana bahan yang harganya berpatutan ketika itu dan buat julung kalinya LLN memasang unit janakuasa terbesar berkeupayaan 300MW berbanding 120MW sebelum ini. Dengan adanya stesen ini, LLN dijangka dapat meningkatkan lagi perkhidmatan membekalkan tenaga elektrik untuk kegunaan penduduk dan perindustrian di Kapar dan kawasan sekitarnya.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768