Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN DI LANCAR

Pada hari ini dalam tahun 2009, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, melancarkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lanchang, Temerloh, Pahang. TKPM merupakan salah satu daripada program berimpak tinggi dan selaras dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga bagi menggalakan pelaksanaan projek pertanian berskala besar, komersial dan berteknologi tinggi yang diusahakan usahawan pertanian dan swasta. Dalam ucapannya Perdana Menteri menyatakan syarikat swasta yang memiliki ladang besar boleh melaksanakan projek ‘tumpang’ kepada petani dan pekebun kecil dengan membenarkan penggunaan kaedah pengurusan ladang yang sistematik, baja dan benih yang sama. Ini membolehkan petani dapat mengeluarkan hasil tanaman bermutu tinggi dan mudah dipasarkan di dalam dan luar negara. Sektor pertanian yang dibangunkan dinegara bukan sahaja menyumbang peningkatan ekonomi negara malah dapat memperkasakan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768