Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Taman Templer Diwartakan Oleh Kerajaan Negeri Selangor

Pada hari ini dalam tahun 1955, Taman Templer yang telah dibuka pada bulan Mei 1954 oleh Sir Gerald Templer telah diisytihar oleh Kerajaan Negeri Selangor terletak di bawah Warta Kerajaan No. 104, kawalan dan pemeliharaan alam semulajadi. Sehubungan dengan itu satu jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan Perhutanan telah ditubuhkan. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memajukan kawasan taman tersebut. Pada bulan Oktober 1955, sebuah badan sukarela iaitu "Persatuan Sahabat Taman Templer" (Friends of Templer Park) telah mengambil alih peranan mengurus dan memelihara taman tersebut dan pada tahun 1957 ianya telah diletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Sementara itu, Persatuan Sahabat Taman Templer berperanan sebagai agen pada kementerian ini untuk membangunkan taman tersebut. Usaha mewartakan taman ini oleh kerajaan Selangor telah menunjukkan keprihatinan negara terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi negara yang telah bermula sejak sebelum kemerdekaan lagi. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768