Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Tan Sri Aisyah Ghani Wanita Pertama Dilantik Sebagai Senator

Pada hari ini 13.09.1962, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan perlantikan Tan Sri Aishah Ghani sebagai ahli Dewan Negara. Tan Sri Aishah Ghani akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh selama 6 tahun. Pelantikan tersebut menjadikan beliau wanita pertama di negara ini yang dilantik sebagai senator. Tan Sri Aishah Ghani dilahirkan di Selangor dan mendapat pendidikan di Kolej Islam, Padang Sumatera. Pada tahun 1955, beliau telah berangkat ke England untuk mengikuti kursus Bahasa Inggeris dan dalam tempoh empat tahun di sana beliau telah mengambil kursus kewartawanan. Perlantikan Tan Sri Aishah Ghani sebagai Senator membuktikan peranan wanita dalam pembangunan negara menjadi semakin penting.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768