Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Tan Sri Jaafar Albar Meninggal Dunia

Pada hari ini dalam tahun 1977, Tan Sri Syed Jaafar Albar telah meninggal dunia di Hospital Daerah Muar kerana diserang sakit jantung. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan. Pemergiannya ke rahmatullah merupakan kehilangan yang sukar dicari ganti. Beribu-ribu orang telah memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham dengan mengiringi jenazahnya ke Makam Pahlawan. Antaranya ialah Yang Dipertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang; Pemangku Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad; Menteri-menteri Kabinet dan timbalannya; Ketua-ketua Menteri serta para perwakilan kedutaan asing. Tan Sri Syed Jaafar yang merupakan seorang pejuang politik dan bangsa Melayu telah dilahirkan pada tahun 1914 di Sulawesi. Beliau mendapat pendidikan Arab, Melayu dan Inggeris di Johor dan Singapura. Ketokohan beliau begitu jelas sekali sejak penubuhan UMNO pada tahun 1946 malah beliau juga merupakan salah seorang pengasas UMNO. Semasa hayatnya beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam parti dan kabinet antaranya menjadi Ketua Penerangan UMNO, Menteri Muda Penerangan dan Penyiaran, Setiausaha Agong UMNO dan Ketua Pemuda UMNO. Walaupun tugas beliau dalam pemuda UMNO dapat dikatakan telah meragut jiwanya dengan bekerja keras dalam usia 62 tahun, tetapi usaha ini merupakan kemuncak kerjaya politiknya. Beliau memimpin Pemuda UMNO dengan moto: sanggup memimpin dan dipimpin. Setelah berjuang di bawah pentadbiran empat pemimpin UMNO iaitu Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Datuk Hussein Onn.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768