Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

TAN SRI LAMIN DIPILIH BERKHIDMAT DALAM TRIBUNAL ANTARABANGSA

Pada hari ini dalam tahun 2005,  Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA), memilih bekas hakim Malaysia, Tan Sri Lamin Mohd Yunus untuk berkhidmat dalam Tribunal Antarabangsa Yugoslavia. Seramai 31 calon dipertimbangkan dalam pengundian rahsia dan 27 hakim telah terpilih bagi tempoh empat tahun untuk berkhidmat di The Hague, Belanda. Seramai 189 anggota perwakilan UNGA ke-59 di New York, telah mengundi dan Tan Sri Lamin mendapat jumlah tertinggi dengan 176 undi. Tan Sri Lamin dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 1994 dan dilantik  sebagai  Presiden Mahkamah Rayuan yang pertama. Berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan, beliau merupakan hakim dari Malaysia yang ketiga dipilih bagi menyertai tribunal tersebut selepas Tan Sri L.C. Vohrah dan Tan Sri Mohd. Azmi Kamaruddin. Tribunal tersebut ditubuhkan oleh Majlis Keselamatan PBB pada Mei 1993 untuk mendakwa dan menyiasat individu yang bertanggung jawab terhadap pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dilakukan sejak tahun 1991. 

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768