Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Tan Sri V. Manickavasagam Meninggal Dunia

Pada hari ini dalam tahun 1979, Menteri Pengangkutan, YB Tan Sri Datuk V. Manickavasagam yang juga Presiden MIC meninggal dunia di Kuala Lumpur dalam usia 53 tahun. Tan Sri Datuk V. Manickavasagam dilahirkan pada 4 Oktober 1926 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Klang. Beliau merupakan ahli politik yang berpengalaman luas serta banyak berjasa kepada negara khususnya masyarakat India.  Mula bergiat dalam politik sejak tahun 1950-an menerusi MIC. Beliau mula bertanding pada tahun 1955 untuk Dewan Undangan Negeri Selangor dan memenangi kawasan Klang. Dilantik sebagai Menteri Muda Buruh pada tahun 1959 dan Menteri Buruh pada tahun 1964. Beliau dilantik sebagai Presiden MIC pada tahun 1973 selepas persaraan Tun Sambanthan. Beliau bukan sahaja seorang ahli politik yang berjaya, tetapi seorang yang aktif dalam pergerakan Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Beliau juga merupakan rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada tahun 1970. Beliau pernah dilantik mengetuai delegasi Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1968. Sesungguhnya, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara khususnya masyarakat India.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768