Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

26
May
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Tentera Khas Malaya Di Congo Kembali Ke Tanahair

Pada hari ini dalam tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih dua tahun mulai 4 Oktober 1960 telah selamat kembali ke tanah air.  Tentera-tentera ini adalah terdiri daripada anggota battalion ke 6 Askar Melayu Diraja, Squardron ‘B’ battalion pertama tentera peninjau Persekutuan dan beberapa ketumbukan lain. Mereka tiba di Pelabuhan Port Swettenham dengan kapal USNS General Blatehford pada 15 April dan mendarat pada hari ini dalam tahun 1962.  Pasukan yang diketuai oleh Lt. Kol. Syed Mohamad bin Syed Ahmad Al Sagoff ini berangkat ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi yang disediakan sebagai sebahagian daripada acara menyambut kepulangan mereka. Mereka kemudian mengadakan perbarisan khas di stadium dan mendengar ucapan terima kasih dan tahniah dari Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak bin Hussin.  Pada jam 11.40 pagi pula mereka membuat satu lagi perbarisan di perkarangan Istana Negara dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan memeriksa barisan. Mereka yang pulang telah membawa kejayaan dan kegembiraan bersama kenangan pahit dan manis ketika bertugas di Congo. Kejayaan mereka memang telah diduga kerana kebanyakkan dari anggota yang dihantar adalah terdiri daripada perajurit-perajurit yang terpilih kehandalan dan kegagahannya.  Semangat disiplin, keberanian dan kecekapan mereka bukan sahaja mendapat sanjungan dari pihak Bangsa-bangsa Bersatu malah daripada rakyat Congo sendiri.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768