Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

26
May
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

GELARAN JAWATAN KADI DITUKAR KEPADA HAKIM

Bagi orang-orang Islam, Mahkamah Syariah memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan permasalahan yang wujud sesama mereka. Pada hari ini 16 April 1985, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Yusuf Nor memaklumkan di Dewan Rakyat Kerajaan akan memansuhkan jawatan Kadi dan diganti dengan jawatan Hakim. Tindakan memansuhkan jawatan Kadi ini serentak dengan usaha Kerajaan menyusun semula Mahkamah Syariah dengan mewujudkan tiga peringkat Mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan di peringkat Persekutuan. Antara usaha-usaha yang dijalankan bagi meningkatkan profesional Mahkamah Syariah ini pihak Kerajaan telah menghantar seramai 31 orang pegawai mengikuti Diploma Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam di Universiti Islam Antarabangsa. Diharap dengan adanya perubahan yang dijalankan akan dapat mempertingkatkan status Mahkamah Syariah di pandangan masyarakat Islam di negara ini. Selain daripada melicinkan pentadbiran dan pengendalian kes yang dirujuk kepada Mahkamah Syariah.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768