Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

TIMBALAN PERDANA MENTERI UMUM CALON ANGKASAWAN

Pada hari ini dalam tahun 2006,  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Abdul Razak  mengumumkan empat calon angkasawan negara. Pengumuman ini dibuat pada Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (Pulls-G) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon-calon angkasawan berkenaan ialah,  Dr. Faiz Khaleed, pakar bedah pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), S. Vanajah, calon tunggal wanita yang juga Juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), dan Mohammed Faiz Kamaluddin. Mereka akan menjalani ujian perubatan terperinci selama dua minggu yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Rusia di Moscow. Calon yang berjaya dipilih menjadi Angkasawan pertama negara, dijadual berlepas ke ISS bagi program penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk penyelidikan kanser dan bioteknologi.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768